Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Kali saya share serba sedikit tentang pendekatan analisis wacana yang terdapat di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi, kajian ini telah dibuat oleh Normaliza Abd Rahim yang mengakaji tentang ujuran dan interasi daripada kanak-kanak, pelajar universiti, remaja dan masyarakat keseluruhanya. Dalam buku ini beliu ada menerang lima elemen yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan, iaitu elemen Pra- Andaian, Emosi, Nilai dan Budaya , Bahasa dan Inferens


Jadual 4 : Normaliza Abdul Rahim, 2018

Pra-andaian merupakan contoh atau misalan yang digunakan sebelum memberikan hujah atau tidakan. Di dalam pra-andaian terbahagi kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi atau lebih dikenali sebagai gerak hati, diistilahkan sebagai daya atau kebolehan untuk memahami tanpa berfikir secara logik. Kebiasaan pemahaman tersebut berada diluar kesedaran seseorang. Konteks pula telah memberikan analisis terhadap Penerimaan/penafian, Keperluan, Perujukkan, Anafora, Pengulangan, Kekaburan dan Penegasan.

Emosi pula ialah perasaan jiwa yang wujud dalam diri seseorang. Emosi ini boleh melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang. Dalam kajian ini, emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi postif,emosi negatif dan emosi bercampur.  Emosi dapat disifatkan dari segi perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang.

Nilai dan budaya dilihat melalui aspek diri, adat dan masyarkat. Di ambil daripada falsafah pendidikan menjadi analsis lebih berkait rapat dengan pendekatan wacana, ini kerana nilai seperti Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang kerajianan , kesyukuran, kerajianan, Berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, Hormat-menghormati, kerjasama, semagat bermasyarakat, Keadilan, kebebasan rasional sangat berkait rapat dengan rakyat.

Bahasa dikaji atau dianlisis banyak menfokuskan kepada bahasa pertama atau kedua atau ketiga dan lain-lain. Bahasa dikategorikan kepada dua iatu bahas formal dan bahasa tidak formal dan kesalahan pengunaan bahasa juga penting dalm membina wacana yang bak. Sama juga seperti aspek lingustik yang dianalisis agar huaraian lebih jelas dan tepat.

Elemen terakhir dalam kajian ini, ialah analisis berkenaan dengan inferens yang terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Dari setiap aspek tersebut perlu ada di dalam wacana keran ianya menerangkan ujuran, interaksi, teks dan tulisan. Dengan ini, wacana lebih lebih lengkap dan jelas.

💖 sekian teriama kasih 💖



sebagai bukti kehadiran 
SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT 202680



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

  





Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 BBM3410-2021-MINGGU 1B - Nenek dan Datuk 

SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT 202680

Penjelasan berkenaan watak, latar masa, latar tempat, latar masayarakat, emosi negatif dan emosi positif dalam cerita yang bertajuk: Nenek dan Datuk.

Sinopsis

 cerita mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Alim yang sangat gembira untuk pulang ke kampung untuk melihat itik dan ayam di kampungnya.

Watak dalam cerita:

 

Watak

Perwatakan

1.

Alim (watak utama)

Merupakan anak kesayangan dalam keluarga, sangat menyukai itik dan ayam di kampung nenek dan datuknya di Kajang. Berperwatakan sangat manja.

2.

Datuk dan nenek

Ayah dan ibu kepada Ibu alim yang tinggal di kampung, mereka berdua berkerja sebagai  perternak ayam dan itik. Perwatakan mereka ialah sangat penyang cucu mereka sehingga sanggup memujuk cucunya apabila mereka bersedih.

3.

Kak Madinah

Merupakan kakak kepada Alim dan Aisyah

4.

Abang Imran

Abang Imran kepada Alim dan Aisyah

5.

Ibu bapa

Mak dan ayah kepada Imran, Madinah, Alim, dan Aisyah

6.

Aisyah

Adik-beradik seumuran dengan Alim.

 


Latar tempat

 

Latar tempat

Penerangan

1.

Reban ayam dan rebam itik lama

Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Alim tidak berjumpa. Alim sedih. Alim menagis.

2.

Reban ayam dan itik baharu

“alim tengok tu”, sambil menujukkan ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban baharu yang dibuat oleh atuk dan nenek

3.

Di dalam kereta

  1.         Setelah 30 minit berjalan mereka pun sampai.
  2.         Ibu dan ayah sibuk mengangkat beg  masing-masing kedalam rumah.

4.

Kampung

Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang. Nenek dan Datuk sebelah bapa Alim tinggal di kajang

5.

Ruang tamu

Alim berhenti menagis. Duduk di rung tamu sambil menonton televisyen bersamam abang Imram, Kak Madinah dan Aisyah.

 

Dapur

Kelihatan daripada dapur.

 

Rumah datuk dan nenek di kajang

1.       Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah bercerita tentang almari, katil, kerusi daput kepada Alim.

 

 

Latar masyarakat

 

Latar Masyarakat

Penerangan

1

Masayarkat yang penuh kasih sayang

Seperti datuk dan nenek Alim yang sangat sedih apabila melihat cucunya sedih.

Contoh:

1. Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah bercerita tentang almari, katil, kerusi daput kepada Alim.

2. ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim  

 

2.

Masyarakat penternak bintang  

Nenek dan datuk Alim ialah penternak ayam dan itik.

Contoh

Alim terus keluar dan mencari ayam dan itik. Alim tidak berjumpa. Alim sedih. Alim menagis.

 

Latar masa    

 

Latar masa

Penerangan

1

Waktu Hari Ini

Hari ini Alim dan ahli keluarga akan pulang ke Kampung

2

Perjalanan balik kampung

30 minit perjalanan, mereka pun sampai

Emosi negatif

 

Emosi negatif

penerangan

1

Sedih

Alim berasa sedih kerana ayam dan itik sudah hilang

2.

Keliru

“kenapa ayam dan itik tinggal disana”, Alim keliru.

3.

Marah

Alim berasa marah.

4.

Menagis

Alim terus menagis. Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah tiada.

 

Emosi positif

 

Emosi positif

Penerangan

1.

Tersenyum

Alim tersenyum melihat ayam dan itik

2.           

Ketawa

Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah

 

💖💖Sekian sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca💖💖

kehadiran hari ini

 SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT 202680

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

BBM3410-2021-MINGGU 1A

BIODATA SAYA 





Hai dan Assalamualaikum, nama saya SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT bernombor matrik 202680, harini saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri saya.

  Saya dilahirkan di Kuala Lumpur, walaupun dilahirkan di sana saya merupakan anak jati Kuantan, Pahang. Saya mempunyai 3 orang adik – beradik dan merupakan anak pertama daripada tiga beradik. Perwatakan saya dapat dilihat sebagai seorang yang mudah terhibur, suka menagis, cepat panik dan garang dalam masa yang sama. Saya juga boleh menjadi peramah dan baik apabila dengan kawan-kawan saya.

                Hobi saya ialah menulis cerita, mendengar muzik (sudah pastilah saya kan peminat kpop) dan melukis malahan saya juga suka menonton drama korea. Saya mempunyai kebolehan yang, bagi saya agak istimewa agaknya, iaitu saya boleh mengingati bahasa asing dengan hanya mendengar dari orangnya bercakap. Saya rasa semua orang boleh buat juga macam saya kot.

                Saya merupakan mahasiswa UPM (Universiti Putra Malaysia) dan mengambil course Bacelor Sastera (Bahasa Dan Lingustik Melayu). Apabila bercerita tentang latar belakang pelajaran saya, saya ingin bercerita sedikit tentang perjalanan pelajaran saya sehingga dapat memasuki UPM. Saya bersekolah rendah disekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Kuantan, Pahang  dan menyambungkan pelajaran di sekolah harian biasa di Sekolah Menegah Kebangsaan Besarah Kuantan, Pahang. Tetapi selepas SPM saya telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan enam Sekolah Menegah Kebangasaan Sultan Abu Bakar Kuantan, Pahang. Akhir sekali saya dapat memsuki UPM (Universiti Putra Malaysia)

       Mesti anda semua pelik mengapa saya memilih tingkatan enam sebagai jalan tengah untuk saya memasuki Universiti, kerana semasa tingkatan lima keputusan peperiksaan  Sijil Penilian Malaysia (SPM) saya tidaklah sebaik seperti orang lain, sudah banyak pemohonan dilakukan tetapi masih tidak diterima tiada rezeki, jadi saya terpaksa memasuki tingkatan enam bagi mencapai cita-cita saya, yang ingin melangkah ke alam universiti , saya tahu bahawa tingkatan enam itu bukan mudah nak-nak lagi orang macam saya ni, tidaklah bijak mana, tapi dengan kepercayan dan kerajinan saya, saya cuba berusha lebih daripada rakan-rakan saya yang lain kerana saya tahu saya jenis bukan senang nak dapatkan sebutir A dalam peperiksaan. Sehinggalah usaha saya berjaya, akhirnya saya dapat mencapai cita-cita yang dinginkan.

                Itulah serba sedikit latar diri saya, tiada apa yang istimewa dengan diri saya ini tetapi saya bersyukur dengan  apa yang dikurniakan oleh-Nya dan sentiasa berdoa dapat melakukan yang terbaik buat orang sekliling dan diri saya sendiri. 

💖Terima kasih kerana sudi membaca.💖




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

MULTIMEDIA 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GR...