A) INTERNET
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pantai
Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8
Huraian: Gambar
di atas mempunyai elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana, gambar di atas
menggambarkan suasana di pantai yang mana terdapat lima orang sedang menikmati
suasana di persisiran pantai. Kelihatan mereka yang gembira dan senang
menikmati keadaan di pantai yang tenang dan mendamaikan. Kelihatan langit yang
berwarna jingga kemerahan menandakan suasana waktu yang hampir senja.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pendidikan
Keterangan :Penekanan elemen dalam gambar tersebut adalah kesesuaian.Latar
belakang yang sesuai menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap
manusia mestilah mempunyai ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang
berguna pada masa hadapan. Latar yang diletakkan seperti gambar imej buku dan
sebagainya yang melibatkan perkara yang dipelajari di sekolah . Penggunaan
garisan yang berjalur mampu memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi,
banyak pengalaman yang mesti kita
belajar dan di gapai terlebih dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai
beg sekolah menunjukkan semangat budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu
pengetahuan . Gambar tersebut sangatlah susuai kerana penggunaan latar yang
tepat dan jelas mampu meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Suasana Pada Malam
Raya
Rujukkan:
https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang
Keterangan: Foto ini mempunyai elemen
kesuaian kerana latar belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang
diperlihatkan sangat menepati antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan
sebuah rumah yang dihiasi lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api.
Ditambah pula dengan watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga
api. Walaupun tidak berbaju tradisional
melayu kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej
suasana di malam hari raya.
Elemen : Kesesuaian
Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Gambar seorang emak dan dua
orang anaknya sedang menikmati suasana di kampungya. Mereka mengambil gambar di
tengah jalan raya dan dihiasi dengan sawah di kiri dan kanan mereka. Kelihatan
matahari mulai terbenam menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam elemen
ini, grafik sangat bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kampung
Rujukan : https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/
Huraian
: Foto kanak-kanak sedang berjalan di kampung. Suasana kampung yang amat
mendamaikan. Suasana petang di kampung sangatlah damai. Tiupan angin
ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen
asas grafik kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Nutrisi
Huraian
: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian.
Papan iklan tersebut menyampaikan mesej tentang produk mininum berkhasiat yang
khususnya untuk golongan warga emas, iaitu yang berumur 60 tahun ke atas.
Gambar watak lelaki yang berambut putih dan kelihatan berusia 60 lebih
digunakan dalam papan iklan tersebut bersesuaian dengan mesej yang ingin
disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa papan iklan tersebut merupakan grafik
yang bersesuaian dengan latar watak dan latar belakang.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Perayaan
Huraian: Grafik yang digunakan bersesuaian dengan latar yang terdapat di dalam foto tersebut. Latar masa, latar tempat dan latar watak di dalam foto itu berkait antara satu sama lain. Latar tempat di dalam foto itu adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu malam dan latar wataknya, terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain bunga api bersama. Maka jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Solat Berjemaah
Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg
Huraian: Elemen kesesuaian ditunjukkan
melalui kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi kepada tiga latar
iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di atas menunjukkan
jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak dalam gambar
menunjukkan kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain yang
menunjukkan keadaan yang ingin difokuskan.
Elemen : Kesesuaian
Tema
: Kampung Halamanku
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen
grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini didefinisikan
sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar seperti latar tempat yang terdapat
dalam gambar di atas. Foto di atas merujuk kepada sebuah kampung dan terdapat
seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Keadaan langit yang hampir gelap
jelas kelihatan pada waktu senja dan dihiasi dengan warna hijau padang rumput
di sebelah bawah foto.
Elemen
: Kesesuaian
Tema
: Alam Sekitar
Rujukan :
Huraian : Gambar di atas melibatkan
kesemua lima aspek grafik namun demikian
aspek kesesuaian lebih menyerlah. Ini dapat dilihat melalui latar tempat,latar
masa dan watak yang sesuai. Gambar di atas memberi gambaran berkenaan dengan
tema “Go Green” dan bagaimana kita boleh melaksanakan “Go Green” tersebut. Ada
juga watak yang menunjukkan aksi membuang sampah yang jelas menunjukkan cara
untuk melaksanakan “Go Green” tersebut. Grafik-grafik dalam gambar di atas juga
bersesuaian dengan tema “ Go Green”.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Perkahwinan
Rujukan:
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen
asas grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Gambar di atas menunjukkan
gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi pemotretan luaran. Langit di
belakang yang kelihatan luas kebiruan menandakan suasana dalam gambar tersebut ialah
pada waktu petang. Latar tempat, latar masa dan juga latar watak menunjukkan
bahawa gambar di atas mempunyai elemen kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Semasa majlis anugerah
Rujukan:
Ellyliddia Bt Rolling
Keterangan: Penekanan yang ada di dalam gambar tersebut adalah tentang kesesuaian. Gambar tersebut sedang menunjukkan pelajar-pelajar yang baru tamat persekolahan serta pelajar tersebut juga memakai jubah . Ini menunjukkan bahawa gambar tersebut adalah semasa hari penyampaian anugerah . Latar belakang yang sesuai digunakan iaitu di dalam dewan dan kelihatan mereka sangat gembira semasa majlis tersebut berjalan dengan lancar.Kesesuaian latar yang menyebabkan timbul suasana yang harmoni dan berkaitan antara satu sama lain.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Beriadah di tepi pantai
Rujukkan:
Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Keterangan: Elemen kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini kerana watak, masa, dan latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan latar belakang laut, langit yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah atau bermandi-manda di situ. Dari foto ini sudah cukup jelas memperlihatkan suasana yang sepatutnya apabila berada di pantai. Malahan waktu yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktivti utama yang kita lakukan di pantai.
Elemen
: Kesesuaian
Rujukan
: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Tema
: Pulau
Huraian : Sekeping gambar menunjukkan
seorang wanita kelihatan gembira mandi di sebuah pulau. Kelihatan pemandangan
yang indah dengan cuaca yang redup. Pemandangan di belakang mencantikkan lagi
gambar tersebut. Grafik ini bersesuaian kerana adanya latar tempat iaitu di
Pulau Mabul, latar masa iaitu pada waktu petang dan latar watak iaitu seorang
wanita
Elemen
: Kesesuaian
Tema : Pusat kuarantin
Rujukan : Nureedayu
Zapuri
Huraian
: Foto tersebut menunjukkan suasana di tempat kuarantin. Kelihatan banyak
aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di
pusat kuarantin. Maka foto ini menunjukkan adanya elemen kesesuaian.
Elemen
: Kesesuaian
Tema
: Ilmu pengetahuan
Rujukan
: NA LI XIAN 203932
Huraian : Gambar tersebut mengandungi
elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Gambar tersebut menyampaikan mesej
tentang suatu pameran buku yang akan diadakan di Sunway Pyramid. Bahan gambar
setumpuk buku yang berada di hujung kanan
berkait rapat dan bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini,
dikatakan bahawa gambar tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar
belakangnya. Pada masa yang sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan
adalah sesuai.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Pengangkutan Awam
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian: Foto orang yang sedang berada di
dalam pengangkutan awam ini sangat sesuai dengan latar masa dan latar tempat
yang ada. Setiap orang tidak menghiraukan hal orang lain dan hanya menumpukan
dengan diri masing-masing. Begitulah keadaan yang sering kali terjadi apabila
menggunakan pengangkutan awam. Foto ini mengandungi elemen asas grafik
kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Muzium Kota Kuala Kedah.
Rujukan:
Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen
kesesuaian. Foto ini menunjukkan fokus utama iaitu tembok dan rumah api lama
yang bersesuaian dengan persekitaran muzium. Kedua-dua benda dalam grafik
mempunyai ciri yang menunjukkan fungsi kesejarahan masing-masing. Oleh itu,
jelas menunjukkan bahan grafik ini bersesuaian dengan latar tempat.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Persahabatan
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian : Gambar
ini mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen kesesuaian. Elemen
kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan latar watak dalam
sesuatu foto. Foto ini kelihatan empat orang kanak-kanak sedang bermain permainan
tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang sebuah kampung. Langit
membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto
tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan
Rujukan : Dinesha Samy
Huraian
: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen kesesuaian. Disebabkan,kesesuaian
dari segi latar tempat,masa dan watak. Grafik makanan telah diletakkan untuk
menunjukkan makanan tersebut yang ingin difokuskan serta untuk menarik
perhatian pembeli dengan promosikan harga sekali dengan gambar grafik tersebut.
Ketua Elemen Kesesuian: ADILLAH BINTI ANUAR (204098)
Penolong Ketua: FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH (203918)
No comments:
Post a Comment