A) INTERNET
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ruang Makan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ZG9ktvsjrfH5wFCt6
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Ruang di kiri dan kanan gambar tersebut menunjukkan keseimbangan. Di bahagian kanan dan kiri gambar mempunyai dua buah kerusi yang tersusun elok, manakala di bahagian atas gambar itu pula mempunyai dua buah bingkai gambar haiwan iaitu rusa kutub yang menyerlahkan lagi gambar tersebut. Susun atur yang ada dalam gambar tersebut menyerlahkan lagi keseimbangan pada gambar itu.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sawah Padi
Rujukan: https://www.dreamstime.com/pemandangan-alam-beautiful-natural-scenery-image152617961
Huraian:
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto iaitu ruangan kiri, kanan, bawah
dan atas. Ruangan kiri terdapat gunung dan di sebelah kanan pula terdapat
beberapa pokok yang seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas pula
diperlihatkan dengan awan yang kebiruan dan di bawah foto terdapat sawah padi
yang luas dan menghijau. Jadi, foto ini seimbang kerana telah dipenuhi dengan
pokok, padi, langit, gunung dan rumah kampung.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Muzium Darul Ridzuan Ipoh
Huraian: Elemen grafik yang paling ketara dalam gambar di atas ialah
elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan dalam grafik di atas jelas menunjukkan
ruang yang seimbang di sebelah kiri dan kanan gambar. Kelihatan dua buah kolam
di hadapan muzium ini dan di sebelah kiri dan kanannya mempunyai ruang yang
luas. Dengan adanya rumput-rumput menghijau, warna bangunan muzium yang sesuai
dan latar belakang foto yang biru telah mewujudkan lagi elemen keseimbangan
dalam foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pendidikan
Huraian: Pemberatan elemen yang dapat dilihat di papan iklan tersebut adalah dari segi keseimbangan. Ruang yang digunakan di dalam papan iklan ini boleh dikatakan nampak stabil kerana meletakkan item gambar manusia yang disusun memanjang dan berada di bahagian bawah papan iklan. Item yang diletakkan membolehkan orang ramai melihat bahawa papan iklan tersebut ingin menyampaikan mesej yang penting kepada orang ramai tentang isu COVID-19 yang panas di negara kita yang telah meragut nyawa ramai orang. Ruang di atas pula tidaklah begitu berat sekiranya dipandang kerana di bahagian kiri papan iklan tersebut diletakkan pula foto bagaimana untuk menjaga kesihatan diri sepanjang COVID-19. Foto yang berbentuk bulat diletakkan supaya nampak lebih seimbang dan tidak begitu besar. Perkara ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni apabila dipandang. Ruang di atas sebelah kanan papan iklan pula diletakkan tulisan sahaja tanpa memberatkan fokus utama papan iklan tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Seimbang
Rujukan:https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/
Huraian: Ruang di sebelah kiri terdapat pokok-pokok
tinggi yang seimbang dengan bangunan KLCC. Di sebelah atas pula terdapat langit
yang luas berwarna biru. Manakala, di sebelah bawah pula terdapat rumput hijau
di sekeliling tasik. Maka, gambar tersebut memperlihatkan ketinggian
pokok-pokok seimbang dengan ketinggian bangunan. Langit yang luas berwarna biru
seimbang dengan rumput-rumput yang berwarna hijau.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Banner Makanan
Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/posterbuilder/copy/543a83cbc11bf6bb9a048c606064e766
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen asas grafik
keseimbangan yang wujud melalui ruang di kiri dan kanan grafik yang mempunyai
saiz sama. Keseimbangan juga berlaku dengan penggunaan ruang berwarna merah di
atas dan di bawah bahan grafik. Mesej dalam grafik dapat difokuskan di bahagian
tengah bahan grafik menyebabkan grafik yang dihasilkan nampak seimbang. Selain
itu, penggunaan gambar yang berbentuk bulat dan saiz yang seragam antara
kedua-duanya di bahagian kiri dan di bahagian kanan grafik juga mempengaruhi
elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Papan iklan
ini mempunyai elemen grafik keseimbangan. Hal ini demikian kerana penggunaan
ruangnya seimbang antara satu sama lain. Penggunaan teks di ruang sebelah kiri
diimbangi dengan penggunaan gambar maggi di sebelah kanan. Ruang di atas dan di
bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin iaitu dengan meletakkan logo
syarikat supaya tidak ada ruang yang kelihatan kosong.
Elemen:
Keseimbangan
Tema: Suasana
Tempat
Rujukan: https://www.lonelyplanet.com/malaysia/malaysian-borneo-sabah/sungai-kinabatangan
Huraian: Gambar
tersebut jelas menunjukkan elemen keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan
gambar dipenuhi dengan pokok. Hujung perahu tersebut berada di tengah juga
turut menunjukkan keseimbangan. Di sebelah atas pula terdapat awan yang luas
berwarna biru manakala di bawah menunjukkan air sungai. Air sungai tersebut
seimbang dengan langit yang berwarna biru.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Penjagaan Rambut
Huraian: Gambar
di atas menunjukkan kesemua lima aspek grafik tetapi aspek keseimbangan lebih
menyerlah. Aspek keseimbangan ini dapat dilihat melalui ruang dalam gambar tersebut
iaitu ruang di atas dan di bawah serta kiri dan kanan gambar. Penggunaan ruang
tidak terlalu menumpu pada sesuatu bahagian sahaja. Syampu diletakkan di sebelah
kanan gambar manakala tulisan pula diletakkan di sebelah kiri gambar.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Inovasi
Huraian: Papan
iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama iaitu keseimbangan.
Terdapat ruang kosong di sebelah kiri dan kanan yang ingin disampaikan, iaitu
telefon bimbit. Ruang kosong tersebut dapat menimbulkan keseimbangan pada papan
iklan tersebut kerana nisbah ruang kosong dengan gambar telefon bimbit adalah
sama. Papan iklan kelihatan tidak penuh dan padat dengan mesej yang ingin
disampaikan. Keadaan ini dapat memudahkan pengguna untuk melihat dan membaca
maklumat yang terdapat pada papan iklan tersebut.
B) SENDIRI
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sinaran Matahari
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar
di atas mengandungi elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Gambar di atas
mempunyai elemen keseimbangan kerana di bahagian kiri gambar terdapat sebuah
rumah batu yang seimbang dengan bahagian kiri gambar yang mempunyai bangsal
kecil. Di bahagian atas gambar pula menunjukkan langit luas yang kebiruan
seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan sedikit rumput yang kehijauan.
Kesemua faktor tersebut memainkan peranan untuk menjadikan gambar tersebut
kelihatan seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pantai
Rujukan: Siti Nuratiqah binti Rahmat
Huraian: Dalam
foto ini juga terdapat keseimbangan kerana di sebelah kiri dan kanan telah
dipenuhi dengan pokok. Di bahagian atas pula terdapat langit biru yang sangat
luas dan seimbang dengan air laut. Manakala di bawah terdapat pasir pantai yang
luas dan seimbang dengan pokok. Kesinambungan antara awan dan pokok telah
membuatkan gambar ini nampak penuh tetapi tidak terlalu sarat kerana masih
mempunyai ruang pada foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan di pantai
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd
Termizi
Huraian: Gambar di atas merujuk kepada elemen grafik keseimbangan. Elemen grafik keseimbangan mempunyai ruang kiri, kanan, atas dan bawah yang seimbang mengikut pemberat sesebuah foto. Misalnya, di ruang sebelah kiri foto mempunyai sebuah buaian dan di sebelah kanan foto juga terdapat sebuah buaian. Ini telah mewujudkan sebuah foto yang seimbang. Terdapat juga awan yang luas berwarna biru dan seimbang dengan pasir pantai yang ada di ruang bawah foto tersebut.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian: Penekanan yang dapat
dilihat dalam gambar ini adalah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan
memperlihatkan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul menikmati suasana
petang. Cahaya matahari yang hampir tenggelam berada pada tengah-tengah gambar
dapat memperlihatkan bahawa suasana akan menjadi malam tidak lama lagi. Ruang
dari atas ke bawah juga digunakan dengan sebaik mungkin kerana ruang di bawah
memperlihatkan pasir yang mendatar dan kemudian ruang di atas pula
memperlihatkan awan yang tebal. Gambar tersebut mempunyai keseimbangan yang
sangat jelas.
Elemen: Keseimbangan
Rujukan: Nur Iffah
Syakirah binti Md Sham
Tema: Seimbang
Huraian: Ruang di sebelah
kiri terdapat dua buah bangunan bertingkat disertai dengan lebuh raya yang
memenuhi gambar tersebut. Di sebelah atas terdapat awan yang luas berwarna
biru. Manakala, di sebelah bawah terdapat 4 orang kanak-kanak mengenakan
pakaian seragam berwarna kuning menaikkan lagi keseimbangan pada gambar
tersebut. Maka, gambar tersebut kelihatan seimbang dengan adanya grafik yang
memenuhi di setiap ruang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Sawah Padi
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas
menunjukkan elemen keseimbangan melalui ruang di atas dan di bawah grafik.
Ruang di bahagian atas gambar menunjukkan langit manakala ruang di bahagian
bawah memaparkan pantulan langit di permukaan sawah padi menjadikan gambar ini
mempunyai elemen asas keseimbangan. Di kiri dan di kanan gambar juga
memperlihatkan adanya daun-daun dan pokok yang juga mewujudkan elemen
keseimbangan. Keseluruhan gambar dapat
menyampaikan maksud dengan baik apabila dilihat oleh individu.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Adillah
binti Anuar
Huraian: Ruang
yang ada di dalam gambar ini telah diimbangi dengan sebaik mungkin. Ruang di
sebelah kiri terdapat beberapa pokok begitu juga di sebelah kanan gambar. Di
sebelah atas gambar juga mempunyai beberapa dahan dan bumbung yang telah
diimbangi dengan orang yang sedang meniti jambatan di ruang sebelah bawah
gambar. Maka, jelaslah bahawa gambar ini mengandungi elemen asas grafik
keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Keindahan Alam
Rujukan: Nureedayu
Huraian: Gambar tersebut menunjukkan elemen keseimbangan yang ditunjukkan melalui langit yang luas, sebatang sungai dan rumput-rumput di tepi sungai. Penggunaan ruang antara langit di bahagian atas gambar dan sungai di bahagian bawah gambar mewujudkan elemen keseimbangan antara kedua-duanya. Di ruang kiri dan kanan gambar, terdapat rumput-rumput di tepi sungai. Keadaan ini juga menunjukkan adanya elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Alat Telekomunikasi
Rujukan: Dinesha Samy
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen keseimbangan. Perkara ini disebabkan oleh ruang di antara atas dan bawah serta kiri dan kanan adalah seimbang dan tidak memberat pada satu bahagian sahaja. Bahagian atas merangkumi teks. Bahagian bawah adalah gambar telefon bimbit. Penggunaan ruang kosong di kiri dan kanan bahan grafik juga berperanan untuk menunjukkan keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kreativiti
Rujukan: Na Li Xian 203932
Huraian: Gambar
tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu keseimbangan. Gambar baju
dan teks berkaitan mengisi ruang yang sama nisbah, iaitu 50:50 iaitu teks
berada di ruang kiri dan gambar baju berada di ruang kanan. Keadaan ini dapat
mewujudkan keseimbangan dalam gambar tersebut. Selain itu, terdapat ruang
kosong antara tajuk besar “Print Baju, Lagi banyak, Lagi Murah!” dan nombor
telefon yang menyumbang kepada elemen keseimbangan gambar. Pembaca juga dapat
melihat dan membaca mesej dengan jelas.
Ketua Elemen Keseimbangan: SALIMAH BT AHMAD @ NOOR (201844)
Penolong Ketua : ELLYLIDDIA BT ROLLING (201808)
No comments:
Post a Comment