Asas Grafik mudah dikenali sebagai asas yang senang untuk difahami oleh sesorang apabila dilihat. Mesej yang disampaikan juga mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan.
A) INTERNET
Elemen :
Mudah
Tema : Papan iklan
Rujukan : https://www.pinterest.com/danielle_ncsu/billboard-designs/
Huraian : Sekeping foto
yang menunjukkan dua botol air minuman Mountain dew yang dipaparkan di papan
iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran
tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar tersebut juga mudah dilihat
sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang
yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut
mempromosikan air minuman yang berjenama mountain dew.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan segera
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ewnajHJJi656p3BS7
Huraian:
Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen mudah.
Gambar tersebut menunjukkan sebiji burger dari syarikat makanan segera yang terkenal
yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut. Jika seseorang
melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger
itu. Gambar itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut
memfokuskan kepada burger itu.
Elemen : Mudah
Tema: Jualan Kasut Nike
Huraian :
Gambar tersebut mengandungi aspek grafik yang paling ketara iaitu mudah. Elemen
mudah ini wujud apabila penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah
difahami seperti gambaran sepasang kasut diatas. Dengan adanya logo “Nike” di kiri
gambar ianya telah menunjukkan bahawa kasut tersebut berjenama Nike. Tulisan “LEBRON
XVI” turut merujuk kepada jenis kasut tersebut.
Elemen
: Mudah
Tema :
Fesyen
Huraian : Penekanan dalam gambar tersebut ialah bersifat mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja. Apabila diperlihatkan imej perempuan, automatik pemikiran kita akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama sekali kerana gambar itu telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mudah difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya.
Elemen: Mudah
Tema: KLCC pada waktu malam.
Rujukan:https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg
Huraian: Grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya. Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan suasana KLCC pada waktu malam menjadi mesej yang ingin disampaikan melalui grafik di atas. Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut mempengaruhi pemahaman individu.
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan
Rujukan: https://ashgive.com/gambar-zirafah/
Huraian: Foto ini menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto ini juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini ialah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan kemudahan untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukkan
: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nasi_dibentuk_bulat.jpg
Huraian
: Elemen mudah difahami sebagai semua foto yang mudah dilihat
dan tanpa sebarang kekeliruan terhadap mesej yang disampaikan. Seseorang yang
melihat foto ini akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan.
Foto ini memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja
mereka sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan.
Elemen : Mudah
Tema : Kereta
Rujukan : https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/
Huraian
: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama,
iaitu mudah. Bahan utama yang digunakan dalam grafik, iaitu gambar kereta diletakkan
di tengah papan iklan. Pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan
dengan jelas dan mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas
tanpa bahan lain berserta logo jenama di atas belah kiri gambar telah
menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak akan mengelirukan pengguna.
Elemen : Mudah
Tema : Pengiklanan
Rujukan:http://www.thejawatankosong.com/2017/07/jawatan-kosong-lembaga-tabung-haji.html
Huraian
: Gambar di atas dapat dilihat dari kesemua lima elemen asas
tetapi elemen mudah lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah
difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan juga jelas
kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh
tutup permohonan dan ini memudahkan sesiapa yang ingin memohon jawatan.
Tema : Gajet
Rujukan : https://www.google.com/search?q=handphone+iphone+&tbm
Huraian
: Foto tersebut menunjukkan sebuah telefon bimbit. Seseorang yang melihat
gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh
sebab itu gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama telefon bimbit itu.
Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah.
B)
GAMBAR SENDIRI
Elemen : Mudah
Rujukan : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Tema : haiwan
Huraian : Sekeping foto
yang menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya ketika gambarnya
diambil. Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran
tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat sebagai
satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang
melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing yang
sedang berehat sambil memandang tepat pada kamera.
Tema : Bunga
Rujukan :
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian
: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen
asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di
atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin
disampaikan ialah bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham
bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga.
Tema :
Kereta
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian
: Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto ini
ialah elemen mudah. Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa
kekeliruan. Foto di atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut
mempunyai sebuah kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham
bahawa foto itu ialah sebuah kereta yang berwarna biru.
Elemen : Mudah
Tema :
Pelancongan
Rujukan
: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian : Penekanan di dalam gambar tersebut adalah mudah. Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan yang melambangkan bahawa kawasan tersebut kaya dengan ikan jenis kelisa. Apabila seseorang melihat gambar ini mereka akan lebih faham bahawa tempat tersebut adalah kawasan pelancongan. Mereka akan mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa sebarang keraguan. Sekiranya gambar tersebut ini dilihat akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut .
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan peliharaan
Rujukan: Salimah
Ahmad
Huraian: Penglihatan individu akan berpusat kepada objek utama dalam grafik. Bahan grafik memaparkan dua ekor kucing yang dapat memberikan kefahaman kepada individu apakah yang ingin ditunjukkan di dalam gambar. Elemen mudah juga dapat memaparkan ciri-ciri dan keadaan objek utama dalam grafik. Perkara ini sekali gus mempengaruhi pemahaman kepada individu secara menyeluruh tentang apa yang dipamerkan di dalam gambar.
Elemen: Mudah
Tema: Buah-buahan
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian:
Ini adalah salah satu contoh foto yang menggunakan elemen
grafik mudah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pemahaman yang jelas terhadap
foto ini. Foto ini ialah foto yang menunjukkan buah strawberi di dalam satu
bekas lut sinar. Sesiapa sahaja yang melihat foto ini pasti akan memahami foto
ini dengan mudah.
Elemen
: Mudah
Tema :
Fesyen
Rujukan
: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian
: Pada foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana
mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak mengelirukan. Jika
seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami ini merupakan foto
cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja. Kekeliruan akan berlaku
jika di dalam foto tersebut terdapat barang lain. Contohnya, pasu kecil yang
diletak di belakang cermin mata itu akan menghilangkan fokus cermin mata sebagai
objek utama dalam foto.
Elemen : Mudah
Tema : Alam sekitar
Rujukan : Na Li
Xian
Huraian
: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu
mudah. Gambar tersebut menunjukkan seorang sedang mengutip sampah-sarap di
merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita” yang menjadi tajuk di
tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej tanggungjawab jaga alam
sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca.
Elemen : Mudah
Tema :
Pakaian
Rujukan : Dinesha
Samy
Huraian
: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen mudah. Ini
disebabkan perkataan yang digunakan jelas dan mudah difahami. Mesej yang ingin
disampaikan juga bertetapan. Pembeli dapat lihat yang kedai tersebut ada
promosi dan secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk membeli
produk pakaian kedai tersebut.
Eleman : mudah
Tema :
Motosikal
Rujukan :
Nureedayu
Huraian
: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah.
Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu
fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini
mengandungi elemen asas grafik mudah.
Ketua Elemen Mudah : NUR IFFAH SYAKIRAH BINTI MD SHAM (202912)
Penolong ketua : SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT (202680)
No comments:
Post a Comment