Thursday, April 1, 2021

Family Kesayangan

 


Inilah Keluarga Saya 

Keluarga saya tidaklah besar seperti keluarga yang lain kecil sahaja, seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ini 5 orang sahaja. Lima orang sahaja pun sudah cukup buat saya pening dengan perangai masing.

    Kita mula perkenalkan mereka okey, yang tepi lelaki berbaju kurta pink, dengan kulit sawa matang ni adik lelaki saya, namanya Muhammad Fayyad bin Rahmat, namanya pelik seperti tuannya, ada juga bertanya kepada ibu saya mengapa namanya begitu, kata ibu nama dia tu nama untuk orang-orang kaya bergitulah, biasanya kami panggil dia bayyat singkatan abang Fayyat senang. Dia ni merupakan pelajar tingkatan 6 dan berumur 18 tahun pada tahun ini. Gemar bermain game dan berbaring seharian di atas katilnya. Cita-citanya hendak menjadi Lawyer. Sifat dia ni jenis yang tak suka ambil tahu hal orang, dia dengan diri dia.

Seterusnya, sebelahnya tu ayah saya , Rahmat Bin Ismail,  kacak orang, aip! amaran jangan padang pada perut..HAHAHAHA... katanya perutnya itu asset terpenting bagi dirinya. Ayah saya sudah berusia 50 tahun . Dia merupakan seorang jurutera mekanikal,  graduasi daripada UITM. bersifat penyayang, penyabar dan baik orangnya. tetapi janganlah sesekali kacau dia bila stress kalau dia marah satu rumah ni diam menyepi.

sebelah ayah saya itulah ibu kesayangan saya, pendorang, penyokong dan pembakar semangat (selain BTS.hahahah) namanya Salwana Binti Mohd Yazid , berasal dari Kelantan, putih orangnya dan pendek  seperti ayah saya. Sifatnya penyayang dalam diam dan garang dia ya allah tak terkata macam singa, kalau dia marah satu perumahan boleh dengar. Tapi setegas-tegas dia, dia tetap sayangkan anaknya.

Di sebelah ibu saya itulah adik perempuan kesayangan saya, Aishah Natasha namanya, orang tinggi daripada kakaknya. Masih bersekolah di tingkatan 4, sifatnya sama seperti ibu saya seorang yang garangm periang, kadang-kandang pendiam dan kuat merajuk. Ps: biasalah anak bongsukan 

Itulah kelurga saya, semua suka dan duka dilalui bersama, tidak kira saya susah atau senang mereka sentiasa bersama saya. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga bergini, tidaklah bergitu sempuran tapi apabila bersama hidup kami menjadi semakin sempurna. Semoga Allah S.W.T mengrahmati keluarga kami aminnn..

💗Sekian sahaja, terima kasih kerana membaca💗

2 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

MULTIMEDIA 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GR...