A) INTERNET
Elemen : Warna
Tema : Kesihatan
Rujukan :
Huraian :Papan iklan tersebut mengandungi elemen
asas grafik utama, iaitu warna. Warna yang digunakan dalam papan iklan
tersebut tidak melebihi tiga unsur warna, iaitu biru dan putih. Kedua-dua warna
tersebut bersesuaian dengan mesej yang disampaikan, iaitu produk air mineral
yang berwarna “biru muda”. Penggunaan warna biru dan putih dalam papan iklan
tersebut menimbulkan perasaan keharmonian dan keselesaan pada mata kerana tiada
kehadiran unsur warna yang terlalu banyak.
Elemen: Warna
Huraian : Gambar di atas
mempunyai elemen asas grafik yang utama iaitu warna. Dengan adanya warna merah
yang terang telah menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Bagi
menghasilkan sebuah grafik yang menarik, seharusnya mengandungi tidak lebih
daripada tiga warna. Sesuai dengan grafik di atas yang hanya mempunyai tiga
warna iaitu merah, merah gelap dan putih.
Elemen
: Warna
Tema
: Minuman
Rujukan
: https://cute766.info/resepi-air-jagung-klebang-sunter-z/
Huraian
: Gambar ini merangkumi kesemua lima aspek grafik tetapi aspek warna lebih
menyerlah. Disebabkan oleh, pemilihan warna yang menepati dengan gambar jagung
tersebut. Pemilihan warna yang minimal, tidak menggunakan banyak warna. Warna
juga nampak terang, menonjol serta menarik perhatian pembeli untuk membelinya. Dari
pemilihan warna tersebut, mesej dapat disampaikan dengan jelas.
Elemen: Warna
Tema: Manusia dan alam semula jadi
Rujukkan web : https://foto.co.id/3-tipe-kamera-digital-low-end-terbaik/
Keterangan : Elemen warna didefinisikan sebagai kombinasi warna atau satu
warna dalam foto. Di dalam gambar ini ialah merah, putih dan hitam. Penggunaan
tiga warna ini sangat seimbang. Warna putih pada baju yang dikenakan oleh
jurukamera tersebut sangat terang daripada warna latar belakangnya yang
membuatkan orang akan memfokuskan kepada perempuan itu. Foto ini dengan
jelasnya menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah iaitu merah, putih
dan hitam.
Elemen : Warna
Tema : minuman
Rujukan : https://www.wtmtoday.my/fredo-buat-kemunculan-dalam-iklan-100plus/
Huraian : Gambar tersebut mengandung elemen asas grafik warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang digunakan dalam gambar tersebut menarik dan sesuai. Penggunaan warna latar belakang sama dengan warna logo. Maka, ianya lebih menarik dan sekali gus menarik minat pengguna.
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Rujukan: https://images.app.goo.gl/K7VPZUX9jXjrasNv6
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna. Gambar tersebut menunjukkan sebuah lukisan bunga yang menggunakan warna-warna yang menyerlah. Warna yang digunakan seperti ungu, merah, kuning dan warna hijau pada permukaan lukisan tersebut. Warna yang digunakan pada bahagian bunga menggunakan warna yang menyerlah yang mana memberi penekanan dan fokus pada bunga tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Rujukan: http://m.my.visions-led.com/outdoor-led-display/p10-full-color-advertising-billboard-screen.html
Huraian: Foto di papan tanda ini menggunakan warna yang sangat menarik dan
boleh menarik minat sesiapa sahaja yang melihat papan tanda tersebut. Kombonasi
warnanya juga sesuai dengan gambar yang digunakan. Walaupun foto tersebut
menggunakan lebih daripada dua warna namun, perkara itu tidak menjejaskan mesej
yang ingin disampaikan. Penggunaan warna yang menyerlah seperti warna merah di
papan tanda tersebut memberi penekanan kepada orang ramai untuk melihatnya.
Elemen : Warna
Rujukan : https://www.maisinggah.com/pulau-di-malaysia/
Tema : Kepulauan
Huraian : Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah
pantai yang berwarna biru kehijauan dan kelihatan sebuah bot persiaran berwarna
putih terdampar di tepi pantai. Pokok yang menghijau menaikkan lagi warna dalam
gambar tersebut. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Gambar ini jelas
menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan dapat memfokuskan kepada
keindahan pantai, bot dan awan.
Elemen : Warna
Tema : Makanan
Keterangan : Penekanan elemen yang lebih dilihat dalam papan tanda tersebut ialah elemen warna. Hal ini kerana, elemen warna merah yang digunakan sangat menyerlah dan menampakkan bahawa papan tersebut lebih semakin panas kerana ia bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu produk baharu. Penggunaan warna merah sebagai warna utama dan kemudian diletakkan dengan kentang yang berwarna kuning dijadikan sebagai tulisan di papan tanda tersebut. Warna putih pula digunakan sebagai warna kepada tulisan “Mari Tidak Sombong” pula menunjukkan bahawa kemasukan warna putih juga menonjol dengan warna papan tersebut. Tetapi sekiranya ingin membuat sesuatu papan iklan atau apa-apa sahaja, elemen warna mestilah diambil kira terlebih dahulu supaya apa yang ingin disampaikan akan lebih jelas dan mudah diterima oleh pengguna jalan raya atau sesiapa sahaja .
Elemen: Warna
Tema: Seroja
Hurain: Grafik di atas menunjukkan adanya elemen warna. Objek utama bunga seroja berwarna merah jambu cerah. Debunganya pula berwarna kuning. Batang bunga seroja dan latar belakang menggunakan warna hijau gelap. Kombinasi warna ini menjadikan grafik ini menarik.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen : Warna
Tema : Kehijauan
Rujukan : NA LI XIAN 203932
Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu warna.
Warna yang digunakan dalam papan iklan tersebut tidak melebihi tiga unsur
warna, iaitu hijau dan hitam sahaja. Kedua-dua warna tersebut bersesuaian
dengan mesej yang disampaikan, iaitu berkait rapat dengan tumbuhan yang juga
berwarna hijau. Penggunaan warna hijau sebagai latar belakang dalam gambar yang
sama dengan warna tumbuhan telah mewujudkan keselarasan bagi keseluruhan
gambar. Warna teks hitam yang digunakan dalam gambar bertentangan dengan latar
belakang warna hijau dapat menunjukkan tajuk “Save our EARTH” dengan jelas
sekali.
Tema : Masjid Kristal
Rujukan : Nurfaqihah Husna
Binti Mohd Termizi
Huraian : Foto di atas
menunjukkan sebuah elemen grafik yang utama iaitu elemen warna. Warna yang
terdapat pada sesuatu objek dapat menarik minat orang ramai untuk melihatnya.
Warna biru pada masjid itu dan latar belakang yang berwarna hitam telah
menyebabkan foto ini sangat jelas kelihatan sebuah masjid. Bagi menyerlahkan
sebuah foto seharusnya mempunyai tiga warna seperti foto di atas mempunyai
warna hitam, biru dan putih.
Elemen :
Warna
Tema :
Rangkaian Internet
Rujukan :
Dinesha Samy
Huraian:Gambar di atas dapat dikelaskan dalam elemen warna. Disebabkan
oleh penggunaan warna yang tidak keterlaluan. Pemilihan warna yang standard dan
bersesuaian. Pemilihan warna dapat memberikan gambaran tentang apa yang ingin
difokuskan.
Elemen: Warna
Tema : Alam semula jadi
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian : Foto diatas ialah sebuah konkrit yang
diwarnakan dengan warna kuning, pink, jingga, merah, dan hijau disertai dengan
pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga awan yang memberikan sedikit elemen
kebiruan. Kebiasaannya elemen warna hanya akan menerima tiga atau satu warna
digunakan dalam foto, tetapi di dalam foto ini terdapat enam warna yang
menyerlah. dengan ini mereka akan lebih fokus kepada konkrit berwarna tersebut,
awan dan pokok tersebut.
Elemen : Warna
Tema : Produk
Rujukan : Nureedayu Zapuri
Huraian : Gambar tersebut mempunyai kombinasi warna latar belakang produk. Ianya menggunakan tiga warna untuk menghiasi latar belakang supaya kelihatan lebih menarik. Penggunaan warna itu juga memberikan fokus kepada produk. Penggunaan warna yang sesuai dengan produk.
Elemen: Warna
Tema: Kafe
Rujukan: Fariesya Nabila
binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna di mana menunjukkan
sebuah kafe. Gambar tersebut menunjukkan kerusi yang berwarna kuning dengan
dinding yang berlatarkan warna biru gelap serta di atas gambar tersebut
mempunyai bingkai gambar bertulis yang besar berwarna hitam. Di atas meja juga
mempunyai pasu yang berwarna kuning dan pokok kecil yang berwarna kehijauan.
Dalam gambar tersebut mempunyai tiga warna yang menyerlah seperti kuning, hijau
dan hitam yang memfokuskan kepada kerusi, pokok bunga dan juga bingkai gambar
bertulis tersebut.
Elemen:
Warna
Tema:
Seni
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian:
Foto ini jelas mengandung elemen grafik warna. Penggunaan warna yang menarik
dapat menarik minat orang ramai untuk melihatnya. Walaupun foto ini menggunakan
banyak warna yang berbeza namun ianya juga tidak kelihatan keterlaluan. Sesiapa
yang melihatnya dapat melihat jelas dalam foto tersebut terdapat banyak bentuk
bulat dan condong yang telah digantungkan mengikut warna yang berbeza.
Elemen : warna
Rujukan : Nur Iffah
Syakirah Binti Md Sham
Tema : Kehijauan
Huraian : Sekeping
gambar seorang wanita yang mengenakan pakaian berwarna jingga dan tudung
berwarna biru. Pokok-pokok yang kehijauan dibelakang menaikkan lagi kecantikan
gambar tersebut. Kelihatan juga awan yang berwarna biru disertai dengan
matahari terbenam. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai elemen warna yang
menyerlah dan memfokuskan kepada seorang wanita, pokok dan juga matahari
terbenam.
Elemen : Warna
Tema : Pemandangan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian :Penekanan elemen grafik yang ada di dalam
gambar tersebut adalah elemen warna. Bunga raya yang berwarna merah menjadi
fokus utama dalam gambar yang membuatkan gambar tersebut lebih menyerlah atau
timbul. Warna yang menjadi latar belakang juga sangatlah sesuai sekiranya
digabungkan dengan warna bunga tersebut. Latar belakang yang berwarna gelap
memainkan peranan yang penting supaya warna merah tersebut timbul dengan lebih
jelas dan kelihatan seperti dilihat secara langsung (3D).
Elemen:
Warna
Tema:
Langit biru
Rujukan:
Salimah Ahmad
Huraian: Foto di atas menunjukkan langit dan daun-daun pokok yang mempunyai elemen warna. Latar belakang iaitu langit berwarna biru dan disertai dengan warna putih pada gumpalan awan. Terdapat juga warna hijau pada daun dan warna gelap pada bahagian ranting pokok. Foto ini menarik dengan adanya empat jenis warna yang memfokuskan kepada tiga benda iaitu langit, awan dan pokok.
Ketua Elemen Warna : NURFAQIHAH HUSNA BINTI MOHD TERMIZI (203923)
Penolong Ketua: DINESHA A/P SAMY (203931)
No comments:
Post a Comment