Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK TEKS-GADIS JK

 

SUMBER INTERNET

 

 

Gambar 1 

Elemen : Teks

Tema : Fesyen

Rujukan : https://www.popwebdesign.net/billboards-novisad.html

Huraian : Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks “Clubround” yang besar menjadi fokus utama dapat menarik perhatian pengguna pada saat pertama. Teks “Clubround” memudahkan pengguna memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang brand cermin mata       tersebut. Saiz teks “$160” yang sederhana terletak di hujung kanan juga telah memberitahu pengguna harga produk secara terus-terang, dapat menarik pengguna untuk membelinya kerana harga produk telah diketahui. Jenis teks yang “bold” juga berfungsi memudahkan pembacaan pengguna, khususnya untuk pemandu di jalan raya, dapat melihat dengan jelas.


     Gambar 2

Elemen: Teks

Tema: Kempen kesedaran

Rujukan:http://pergigiannegerisembilan.blogspot.com/2013/12/berhenti-merokok-lebih-mudah-jika-anda.htm

Huraian: Poster ini disertai dengan teks “Tak nak!” dan “Kementerian Kesihatan Malaysia” yang memberi persepsi tentang poster tersebut. Penggunaan teks ini jelaslah bahawa poster ini menggunakan elemen asas grafik teks. Hal ini demikian kerana penggunaan font yang besar itu boleh menarik minat orang ramai. Sesiapa yang melihat poster ini mesti melihat teksnya terlebih dahulu.


Gambar 3 

Elemen : Teks

Tema : Pendidikan

Rujukan : https://www.google.com/search?q=gambar-virus-corona-14141413131231e&client=firefox-b d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjU3_7GleLvAhU14jgGHbygC3EQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=654#imgrc=U80JwOoh3zluFM

Huraian: Penekanan yang dapat dilihat di dalam gambar adalah teks yang digunakan. Teks yang digunakan untuk memberitahu kandungan gambar tersebut dengan lebih jelas dan lebih teliti kepada orang ramai. Cara- cara yang diberitahu untuk pencegahan dapat diterima secara langsung kepada orang yang membacanya. Tulisan COVID-19 yang ditulis dengan besar menjadikan bahawa poster ini untuk menceritakan tentang penjagaan kesihatan sepanjang gejala tersebut. Menggunakan teks yang mudah boleh mempengaruhi daya pembacaan sesiapa sahaja . Tulisan yang sama saiz membolehkan pembaca membaca tanpa sebarang masalah . Tulisan yang ditulis secara menegak mampu menjadikan gambar tersebut lebih teratur dan tersusun.



Gambar 4 

Elemen : Teks

Tema : Iklan Telefon Pintar

Rujukkan:https://ering.com.my/2018/11/reviu-eksklusif-samsung-galaxy-a7-2018-telefon-pintar-dengan-tri-kamera-pada-harga-ohsem/

Huraian:    Dalam iklan ini  elemen teks digunakan yang merujuk jenis dan saiz fon yang digunakan dalam imej. Teks “ tri-kamera” yang ditunjukkan memberikan persepsi kepada pelanggan yang telefon tersebut mempunyai tiga kamera. Segaja mereka mengunakan fon teks yang lebih besar serta dikotakkan perkataan tersebut supaya dapat menarik pelanggan untuk fokus kepada mesej yang mereka ingin sampaikan. Warna yang digunakan bagi teks juga terang dapat menarik minat pelanggan untuk melihat.


Gambar 6 

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan:https://www.facebook.com/108719577693631/photos/a.108761381022784/108761361022786/

Huraian: Gambar di atas melibatkan semua lima aspek grafik tetapi elemen teks lebih terserlah. Ini dapat dilihat melalui penggunaan jenis dan saiz font. Terdapat penggunaan saiz yang besar dan sederhana. Perkataan yang ingin difokuskan telah ditulis dengan font yang besar dan mudah dilihat oleh pembeli. Penggunaan pelbagai jenis font juga dapat diperhatikan dalam gambar tersebut. Terdapat font yang standard dan juga Italic font. Warna font juga nampak menarik dan menonjol.


Gambar 7 

Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: https://www.iklanlah.com/

Huraian: Iklan tersebut mengandungi eleman asas grafik teks. Teks “Refresh Your World” yang besar dan ringkas memberi persepi tentang minuman tersebut. Ianya dapat menarik minat dan perhatian pengguna. Teks yang diguanakan sangat jelas dan mudah difahami dengan sekali pandang sahaja. 


Gambar 8 

Elemen: Teks

Tema: Jualan Iphone

Rujukan:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fering.com.my%2F2020%2F10%2Fiphone-12-12-mini-kini-rasmi-dijual-pada-harga-bermula-dari-rm3399%2F&psig=AOvVaw3Q1AMzO9j74Vk4aLuZPWdH&ust=1617471893923000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJie_MaO4O8CFQAAAAAdAAAAABAK

Huraian:Gambar tersebut mengandungi elemen grafik yang utama iaitu elemen teks. Jenis font yang terdapat dalam gambar tersebut sangat jelas dan warna font juga sesuai dengan latar belakang gambar. “Iphone 12 mini” yang terdapat di kiri gambar tersebut merujuk kepada jenis telefon. Manakala teks “from 699” yang berada di bawah menunjukkan harga kepada iphone 12 mini tersebut


Gambar 9 

Elemen: Teks

Tema: Makanan segera

Rujukan: https://images.app.goo.gl/HiHhGy23TRcsHppw6

Huraian: Papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu teks.Saiz teks “BUY ONE, GET ONE FREE WHOPPER” yang besar menyebabkan pelanggan memfokuskan pada tulisan tersebut. Iklan itu juga ingin menyampaikan mesej tentang setiap pembelian akan mendapat satu yang percuma. Dengan ini, tulisan “FREE” yang ditebalkan dan lebih besar berbanding tulisan lain bukan sahaja dapat memberi keterangan tentang iklan tersebut tetapi juga dapat menarik perhatian pelanggan.

 

Gambar 10 

Elemen: Teks

Tema: Jualan Kosmetik

Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/art/template/

1f0e535a1ca6645b98663fbcfb117814/cosmetic-make-up-sale-

flyer-template-design#.YGhSHOgzbIU

Huraian: Elemen teks merujuk kepada saiz dan jenis bentuk tulisan dalam sesuatu bahan grafik. Teks berfungsi untuk membantu seseorang lebih memahami sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Teks “COSMETIC SALE” pada grafik di atas menunjukkan adanya jualan barang kosmetik yang akan diadakan. Selain itu, pemilihan warna hitam, saiz tulisan yang besar dan jenis bentuk tulisan yang sesuai menjadikan grafik yang dihasilkan mudah difahami dan menarik.

SUMBER SENDIRI

 

           

                  Gambar 1 

Elemen: Teks

Tema: Fasion

Rujukan: NA LI XIAN (203932)

Huraian: Gamber tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks “LR SHOES” yang besar dan diletakkan di tengah gambar menjadi fokus utama dapat menarik perhatian pengguna pada saat pertama. Teks  “LR SHOES” dan “CARR POLO” memudahkan pengguna memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang nama syarikat dan jenama produk tersebut. Warna teks “2 FOR RM79 ONLY!” yang terang dan saiz yang sesuai dapat menonjolkan harga promosi dengan jelas kepada pengguna. Jelaslah bahawa teks memainkan peranan penting dalam sesuatu pengiklanan yang dapat menarik perhatian pengguna dalam tempoh masa yang pertama. Penggunaan jenis dan warna teks yang berlainan dapat menambah unsur menarik dalam sesuatu gambar.

Gambar 2

Elemen: Teks

Tema: Anugerah

Rujukan: Adillah binti Anuar (204098)

Huraian: Teks yang ada pada piala tersebut memberi kesan yang cukup besar terhadap penglihatan seseorang. Sesiapa yang melihat foto ini, pastinya akan melihat teks yang ada di piala terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana penggunaan font yang bersaiz besar dan menarik dapat menarik minat orang ramai untuk membacanya. Teks yang digunakan juga sangat jelas dan mudah difahami.

Gambar 3 

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling (201808)

Huraian : Penekanan elemen yang terdapat di dalam gambar tersebut ialah teks. Teks yang digunakan untuk menerangkan jenis makanan adalah sangat jelas dan tepat . Penggunaan saiz teks dan jenis teks yang digunakan juga sangat sesuai dan teratur. Apabila orang melihat gambar tersebut, mereka akan membaca dan mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan makanan. Pada masa yang sama, maklumat pembekal, iaitu nama dan logo juga diberikan . Ini akan memudahkan orang untuk membaca dan lebih mudah penerimaannya.

Gambar 4 

Elemen: Teks

Tema: Iklan Kecantikan

Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat (202680)

Huraian: Elemen teks yang digunakn ialah perkataan “ sales ” yang font dibesarkan dapat menarik minat pelanggan untuk memfokuskan mesej yang ingin disampaikan. Perkataan “ Grab it now !! “dikecilkan bagi memberikan fokus utama kepada “sales”. Malahan  penggunaan warna merah dan kuning pada perkataan “sales” dan “50%” juga menjadi tarikan untuk pelanggan membeli. Daripada iklan tersebut mereka akan faham bahawa produk yang dipaparkan mempunyai “sales” dan berkemungkinan mereka akan bertindak jika mesej itu sampai kepada mereka.

Gambar 5 

Elemen: Teks

Rujukan: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham (202912)

Tema: Iklan

Huraian: Gambar di atas menunjukkan iklan tentang penggosok baju. Teks yang digunakan bersaiz sederhana dan ringan. Teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar. Saiz font yang digunakan sesuai dalam pemilihan grafik tersebut. Warna teks yang terang dapat menerangkan kandungan grafik tersebut.

Gambar 6 

Elemen: Teks

Tema: Anugerah

Rujukan: Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri (203933)

Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan adanya elemen asas grafik teks. Hal ini dikatakan kerana penggunaan teks dalam gambar tersebut. Penggunaan teks dan saiz font “ Detektif Terbaik November 2019” dan “ Jab. Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Selatan Pulau Pinang” akan menarik minat dan perhatian. Oleh sebab itu, gambar tersebut mempunyai elemen teks.

Gambar 7 

Elemen: Teks

Tema: Pasar Besar Kedai Payang

Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi (203923)

Huraian: Gambar berikut mengandung elemen grafik yang utama iaitu teks. Jenis font yang digunakan dalam gambar rajah di atas “ PASAR BESAR KEDAI PAYANG” sangat jelas dan mudah difahami. Dengan adanya teks tersebut membolehkan seseorang mengetahui itu ialah sebuah pasar. Font yang digunakan dalam teks tersebut juga besar, tebal dan mempunyai warna yang jelas

 


Gambar 8 

Elemen: Teks

Tema: Durian Crepe

Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh (203918)

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen teks. Gambar tersebut menunjukkan tulisan “MINI MILLE CREPE DURIAN” yang lebih menonjol untuk memberitahu pengguna tentang perisa makanan tersebut. Dalam gambar tersebut juga mempunyai teks “RM16” yang ditulis di bahagian kanan bawah gambar untuk menunjukkan harga makanan tersebut. Jenis font yang dipilih juga menarik dan mudah untuk difahami pengguna dan mampu menarik perhatian pengguna.


Gambar 9 

Elemen: Teks

Tema: Motivasi Diri

Rujukan: Salimah Bt Ahmad@ Noor (201844)

Huraian: Terdapat elemen teks dalam grafik di atas yang mempengaruhi kefahaman individu. Teks “PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI SATU LANGKAH’ menggunakan warna putih untuk disesuaikan dengan warna latar belakang yang agak gelap. Perkara ini penting untuk menonjolkan mesej dalam           grafik. Saiz tulisan yang digunakan juga bersesuaian dengan keseluruhan bahan. Jenis tulisan yang ringkas memudahkan individu untuk membaca dan memahami teks yang dipaparkan.


Gambar 10 

Elemen: Teks

Tema: Penjagaan diri

Rujukan: Dinesha A/P Samy (203931)

Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen teks. Hal ini demikian kerana penggunaan jenis font dan saiz font yang tepat dan berkesesuaian. Terdapat saiz font yang dikecilkan dan ada yang dibesarkan supaya dapat dilihat secara jelas oleh pembeli. Contohnya, saiz front “40% off” adalah sangat besar, dapat menarik perhatian pembeli pada saat pertama. Melalui penggunaan jenis dan saiz font yang bersesuaian, mesej yang ingin disampaikan juga jelas dan mudah difahami.

Ketua Elemen Teks : NA LI XIAN (203932)

Penolong Ketua : SITI NUREEDAYU BT MOHD ZAPURI (203933)

 

 

  

 






No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

MULTIMEDIA 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GR...