Rujukan : Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Flat lay merupakan foto yang kameranya diposisikan ke atas sesuatu barangan atau makan yang difotokan.
Terdapat 4 jenis Flat lay
1. Flat lay 90°
Kededukan kamera didalam gambar tepat-tepat pada 90° diatas item atau makanan yang difotokan
2. Half flat lay
Kedudukan kamera yang berada pada 45° dari atas
3. Quarter flat lay
Kedudukan kamera berada pada 22.2° dari atas
4. Zero flat lay
Kedudukan kamera pada 0° yang betul- betul berada atas lantai atau permukaan meja.
untuk mudah memahami boleh lihat video ini
Hai rakan-rakan blogger sekali, adakah anda sihat, jagan diri ye rakan-rakan pada musim covid ini, daripada intro anda sudah faham apa yang saya akan sampaikan harini. Tentang Asas Fotografi Flat lay, fuhhh jujur cakap mencabar juga teknik ini. Saya ingin bercerita sedikit pengalaman semasa saya melakukan video dan mengangkap gambar untuk teknik ini. Pengalaman yang saya perolehi sangat mencabar kesabaran saya pada bulan yang suci ini. Macam-macam saya lalui, seperti susah untuk mencari makanan untuk dijadikan objek dalam foto. Yelahh ini kan bulan puasa agak sukarlah sikit, tapi akhirnya berjaya juga. Cabaran kedua ialah pencahayaan yang susah nak diperolehi. Macam-macam cara dah lakukan guna flashlight lah tetap bayang tu nampak juga...haihhh maklumlah kita ini bukan insta famous nak ada ring light bagai. Cabaran ketiga, susuh nak dapat kedudukan yang betu-betul sama dengan darjah yang dinginkan. Saya punya usaha siap amik pembaris separuh bulat tu nak ukur darjah kedudukan kamera, hahahaha... gigih kauuuu.....
Akhir kata, terima kasih kerana membaca, jumpa lagi nanti
Jangan lupa Subscribe Youtube saya dan Prof.Dr. Normaliza Abd Rahim😊
No comments:
Post a Comment