Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Kali saya share serba sedikit tentang pendekatan analisis wacana yang terdapat di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi, kajian ini telah dibuat oleh Normaliza Abd Rahim yang mengakaji tentang ujuran dan interasi daripada kanak-kanak, pelajar universiti, remaja dan masyarakat keseluruhanya. Dalam buku ini beliu ada menerang lima elemen yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan, iaitu elemen Pra- Andaian, Emosi, Nilai dan Budaya , Bahasa dan Inferens


Jadual 4 : Normaliza Abdul Rahim, 2018

Pra-andaian merupakan contoh atau misalan yang digunakan sebelum memberikan hujah atau tidakan. Di dalam pra-andaian terbahagi kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi atau lebih dikenali sebagai gerak hati, diistilahkan sebagai daya atau kebolehan untuk memahami tanpa berfikir secara logik. Kebiasaan pemahaman tersebut berada diluar kesedaran seseorang. Konteks pula telah memberikan analisis terhadap Penerimaan/penafian, Keperluan, Perujukkan, Anafora, Pengulangan, Kekaburan dan Penegasan.

Emosi pula ialah perasaan jiwa yang wujud dalam diri seseorang. Emosi ini boleh melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang. Dalam kajian ini, emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi postif,emosi negatif dan emosi bercampur.  Emosi dapat disifatkan dari segi perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang.

Nilai dan budaya dilihat melalui aspek diri, adat dan masyarkat. Di ambil daripada falsafah pendidikan menjadi analsis lebih berkait rapat dengan pendekatan wacana, ini kerana nilai seperti Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang kerajianan , kesyukuran, kerajianan, Berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, Hormat-menghormati, kerjasama, semagat bermasyarakat, Keadilan, kebebasan rasional sangat berkait rapat dengan rakyat.

Bahasa dikaji atau dianlisis banyak menfokuskan kepada bahasa pertama atau kedua atau ketiga dan lain-lain. Bahasa dikategorikan kepada dua iatu bahas formal dan bahasa tidak formal dan kesalahan pengunaan bahasa juga penting dalm membina wacana yang bak. Sama juga seperti aspek lingustik yang dianalisis agar huaraian lebih jelas dan tepat.

Elemen terakhir dalam kajian ini, ialah analisis berkenaan dengan inferens yang terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Dari setiap aspek tersebut perlu ada di dalam wacana keran ianya menerangkan ujuran, interaksi, teks dan tulisan. Dengan ini, wacana lebih lebih lengkap dan jelas.

💖 sekian teriama kasih 💖



sebagai bukti kehadiran 
SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT 202680



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

  





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

MULTIMEDIA 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GR...