Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

BIODATA SAYA 





Hai dan Assalamualaikum, nama saya SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT bernombor matrik 202680, harini saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri saya.

  Saya dilahirkan di Kuala Lumpur, walaupun dilahirkan di sana saya merupakan anak jati Kuantan, Pahang. Saya mempunyai 3 orang adik – beradik dan merupakan anak pertama daripada tiga beradik. Perwatakan saya dapat dilihat sebagai seorang yang mudah terhibur, suka menagis, cepat panik dan garang dalam masa yang sama. Saya juga boleh menjadi peramah dan baik apabila dengan kawan-kawan saya.

                Hobi saya ialah menulis cerita, mendengar muzik (sudah pastilah saya kan peminat kpop) dan melukis malahan saya juga suka menonton drama korea. Saya mempunyai kebolehan yang, bagi saya agak istimewa agaknya, iaitu saya boleh mengingati bahasa asing dengan hanya mendengar dari orangnya bercakap. Saya rasa semua orang boleh buat juga macam saya kot.

                Saya merupakan mahasiswa UPM (Universiti Putra Malaysia) dan mengambil course Bacelor Sastera (Bahasa Dan Lingustik Melayu). Apabila bercerita tentang latar belakang pelajaran saya, saya ingin bercerita sedikit tentang perjalanan pelajaran saya sehingga dapat memasuki UPM. Saya bersekolah rendah disekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Kuantan, Pahang  dan menyambungkan pelajaran di sekolah harian biasa di Sekolah Menegah Kebangsaan Besarah Kuantan, Pahang. Tetapi selepas SPM saya telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan enam Sekolah Menegah Kebangasaan Sultan Abu Bakar Kuantan, Pahang. Akhir sekali saya dapat memsuki UPM (Universiti Putra Malaysia)

       Mesti anda semua pelik mengapa saya memilih tingkatan enam sebagai jalan tengah untuk saya memasuki Universiti, kerana semasa tingkatan lima keputusan peperiksaan  Sijil Penilian Malaysia (SPM) saya tidaklah sebaik seperti orang lain, sudah banyak pemohonan dilakukan tetapi masih tidak diterima tiada rezeki, jadi saya terpaksa memasuki tingkatan enam bagi mencapai cita-cita saya, yang ingin melangkah ke alam universiti , saya tahu bahawa tingkatan enam itu bukan mudah nak-nak lagi orang macam saya ni, tidaklah bijak mana, tapi dengan kepercayan dan kerajinan saya, saya cuba berusha lebih daripada rakan-rakan saya yang lain kerana saya tahu saya jenis bukan senang nak dapatkan sebutir A dalam peperiksaan. Sehinggalah usaha saya berjaya, akhirnya saya dapat mencapai cita-cita yang dinginkan.

                Itulah serba sedikit latar diri saya, tiada apa yang istimewa dengan diri saya ini tetapi saya bersyukur dengan  apa yang dikurniakan oleh-Nya dan sentiasa berdoa dapat melakukan yang terbaik buat orang sekliling dan diri saya sendiri. 

πŸ’–Terima kasih kerana sudi membaca.πŸ’–




5 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

MULTIMEDIA 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5.  ASAS GRAFIK MUDAH 6.  ASAS GR...