BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2
SIPNOSPSI ATAU CERITA RINGKAS SAYA YANG
ISTIMEWA.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan
Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Cerita
ini mengisahkan seorang watak yang bernama Alim dan ahli keluraganya iaitu, Bapa,
Ibu Kak Madihah, Abang Imran dan Aishah. Alim mempunyai kawan rapatnya iaitu
sulaiaman yang baik orangnya. Sulaiaman merupakan seorang anak istimewa. Sulaiman
juga merupakan jiran sebelah rumah Alim. Nama mak dan ayah Sulaiman ialah Mak cik timah dan Pak
cik Yakob. Mereka berdua sangat sangat rapat dan selalu bermainan bersama
sehingga mak dan ayah Alim juga mengenali Sulaiman.
Cerita
dimulakan dengan ayah Alim membawa pulang banyak buah-buahan dari pasar tani. Ayah
Alim membeli banyak buah-buah kerana kelurganya sangat menyukai makan
buah-buahan. Antara buat yang dibawa pulang ialah buah manggis, buah duku, buah
langsat, buah durian, dan banyak lagi. Alim dan adik-beradiknya dengan cepat
mengambil buah kegembiraan masing-masing dan makan. Aishah tanpa melihat lagi
terus meangambil buah magis dan abang imaran pula memanggil mak untuk makan
bersama mereak. Bertapa sayangnya ayah Alim tehadap anak-anaknya sehingga
sanggup membelikan banyak buah-bauahan kepada anak-anaknya.Dalam cerita ini
juga menerapkan amalan kebersihan apabila ibu mengarahkan mereka membuang dalam
tong sampah kulit buah tersebut.
Semasa
makan Alim ada menyatakan ingin memberikan sedikt buah-buahan kepada jiran
mereka iaitu kawan Alim, Sulaiman. Alim teringat kata-kata ibunya bahawa anak
yang baik harus sentiasa berbuat baik sesama jiran mereka. Ibu pun memberikan
beberapa biji buah kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Pada waktu yang
sama Alim masih mencari-cari keberadaan kawan-kawannya, untuk memberikan buah
tersebut. Ibu Alim seakan-akan mengetahaui apa yang difikirkan anaknya dan
terus membertahu kedudukan Sulaiman.
Alim terus berlari
membawa plastik berwarana merah yang dipenuhi buah tersebut dengan riangnya ke
rumah Sulaiman. Pada waktu itu Sulaiman sedang menyiram pokok bunga maknya. Sulaiman
sangat gembira memperolehi buah tersebut
dan terus berterima kasih. Ibu dan bapa sangat gembira kerana alim memahami
konsep berkongsi. Malahan juaga Alim berasa bangga dengan apa yang dilakukan
kerana baginya sifat berkongsi ialah amalan yang mulai.
Selepas,
selesai makan mereka semua tidak lupa dengan janji mereka terhadap ibu untuk
mengemas dan membuang sisa buah-buahan tersebut dalam tong sampah di luar
rumah. Semasa Ali membuang sampah di terserempak dengan emak Sulaiaman. Emak sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim juga memuji
Sulaiman, mak cik timah dan pakcik yakob adalah jiran yang baik dan dia suka
dengan jirannya.
Mak cik timah berasa
sangat bersyukur kerana mempunyai jiran Seperti mereka, sangat baik dan Alim
juga sangat baik dan suka berteman dengan anaknya yang istimewa itu. Sambil menagis
melihat anaknya Sualaiman yang sedang membasuh basikal, mak timah berasa
berterima kasih dan bersyukur dikurniakan jiran seperti kelurga Alim. Mak cik timah juga sentiasa mendoakan agar
keluarga alim setiasa sihat sejahtera
SINOPSIS DITULIS OLEH SITI NURATQIAH BINTI RAHMAT (202680)
Bukti kehadiran :
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominuasi: Teori dan
Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.
No comments:
Post a Comment