Hai korang harini saya akan memperlihat sebuah video Temubual yang dibertajuk
' Pemahaman Kelas Online Terhadap Ibu Bapa'
Link : https://youtu.be/Bl1in5r9vh4
Dalam temu bual ini saya telag bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kelas online. Daripada jawapan yang diberikan ibu dan bapa ini mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap anak mereka. Dimana ibu lebih memahami emosi anak-anak berkelas online berbanding bapa, Tetapi pula bapa bertanggungjawab dalam memberikan keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti keperluan gajet.
Bagi pendapat saya ibu lebih faham anak-anak dari segi emosi kerana mereka dekat dengannya tetapi bapa ini berkerja jadi agak jarang meluangkan masa untuk bercakap tentang emosi mereka terhadap kelas online. Tetapi bukan bermakna mereka ini tidak memahami secara mendalam anak mereka tak semestinya mereka tidak peka. Walaupun sibuk mereka akan tetapi menyokong anak mereka berkelas online dengan memberikan benda asas keperluam yang dapat membantu proses pembelajaran anak-anak.
Harini saya akan memberikan sedikit ulasan tentang satu Rancangan Sembang tamu : Misteri Tamu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bersama Sr GS, Dr Siti Nur Aliaa Roslan
LINK: https://youtu.be/d-q-toRLmD4
Dalam rancangan ini banyak yang saya pelajari sebagai contoh kebaikan kopi dan had untuk sseorang minum kopi tersebut. Kopi ini mempunyai pelbagai jenis, dalam rancangan ini banyak jenis kopi dan kebikannya diterangkan oleh Dr. Aliaa Roslan. Beliau ada juga menyatakan sukatan kopi yang patut diambil oleh seseorang, jika tidak dihadkan pasti akan mendatangkan penyakit.
Selain itu, jangan minum kopi pada pagi hari semasa perut kosong kerana kopi akan membuat perut anda sakit.
Sebenarnya apa yang dikatakan itu saya sendiri pun gemar minum kopi masa perut kosong memang akan membuat perut saya sakit secara tiba-tiba.
Menurut pengalaman saya, kopi yang pernah saya minum adalah latte yang pernah dibuat oleh Mc Donald yang sangat sedap dan sejujurnya saya bukan lag gemar sangat kopi tapi saya lebih kepada teh person gitu. Daripada rancangan ini, membuat saya berminat untuk mengdalami lagi tentang kopi ini.
Kawan-kawan blogger sekalian pula bagaimana, apakah kopi kegemaran korang?
Salam sejantera guys, Kali ini, saya ingin memberikan pendapat tentang program DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI yang dianjurakan Dewan bahasa dan Pustaka Malaysia. Tetamu yang di jemput ialah Prof Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. Muri kita tonton bersama.
Link : https://youtu.be/zNx2BjyJmlA
Dalam rancangan ini Prof Dr. Normaliza banyak menerangkan tentang kebaikan realiti yang banyak berada di dalam drama korea. Beliau banyak menyatakan bahawa terdapat beberapa cerita yang dinyatakan merupakan realiti sebenar kehidupan rakyar Korea. contohnya, babak dalam drama seperti kes buli itu neruoakan satu kes yang berlaku di Sekolah di korea. Ada juga babak seperti melihat kanak-kanak pergi ke sekolah menaiki bus atau kereta api seorang diri itu pun realiti.
Bagi pendapat saya semua yang dinyatakan dalam rancangan ini oleh Prof ialah benar, banyak drama-drama korea yang sangat bagus ditonton. Saya juga merupakan peminat setia drama Korea. Banyak cerita yang saya dah layan dari saya darjah enam hingga dah tua ni hahahhaha...saya ingat lagi cerita korea pertama saya iaitu Boy Over Flower. selepas sahaj daripada cerita itu minat saya terhadap drama korea semakin membesar hahahaha.. selama 8 tahun menjadi peminat drama Korea ini, saya dapat melihat banyak faedah yang saya perolehi, sebagai contohnya saya dapat mempelajari bahasa Korea dan bahasa Inggeris pada masa yang sama kerana jika saya ingin memahami cerita tersebut saya perlu faham bahasa Inggeris dahulu.
Seterusnya saya, dapat ilmu baharu seperti ilmu kesihatan, saya ingat lagi cerita MY LOVE FROM THE STAR ada satu babak pelakon perempuan tersebut sakit kerana terkena apendik, dan Pelakon lelaki tersebut tahu bahawa perempuan tersebut mengalami apendik dengan menekan disebelahkan kanan perut. Nak dijadikan cerita pada tahun 2017 saya telah mengalami radang apendik, sebabkan drama itu saya terus tahu bahwa saya ada apendik kerana saya rasa perut saya pada belah kanan sakit yang amat dan terus mengambil tindakan untuk ke Hospital.
Yang terakhir cerita korea ni banyak nilai-nilai murninnya sebagai contoh cerita Strong Women DO BONG SOON, yang memperlihatkan watak seorang wanita yang mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dia sangat suka membantu orang yang kesusahan. cerita ini memberikan pengajaran bahawa perempuan ini memeng lema tetapi mentalnya sangat kuat, denga kekuatan mentalnya yang kuat secara utomatisnya fizikal mereka juga kuat dan jangan sesekali pandang wanita itu lemah walaupun dia kecil sahaja....
tu jelah kot hahahaha... nak tanya ni cerita Korea kegemaran korang apa? sharrelah di komen, cerita Korea kegemaran saya ialah THE GREAT DOCTOR atau FAITH, cerita tentang seorang doktor yang terpaksa di heret ke zaman Korea lama. best cerita ni sebab ada gabungan perubatan zaman dulu dengan zaman sekarang, siapa yang free tu boleh lah tengok.
Harini saya akan memperlihatkan video fokus atau tanpa muka yang dihadilkan oleh ahli kumpulan saya. Dengan tajuk 'PUDING'
Link : https://youtu.be/8mhtHp95b6c
Video fokus ini ialah video tanpa wajah yang memberi fokus terhadap satu-satu benda atau anggota badan yang lain. Video fokus ini mempunyai jalan cerita yang boleh membuatkan penonton berfikir.